Wednesday, November 7, 2012

Jangan Pandang Enteng pada BUASIR!!

Jangan pandang enteng kepada BUASIR!!
Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
Siapakah yang berisiko mengalami buasir?



Biasanya wanita hamil dan sedang berpantang berisiko untuk mendapat buasir disebabkan tekanan janin terhadap salran darah pada dubur tersebut.

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).

Tahap 3:

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran.  Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor atau penyebab buasir ialah :
·                     Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
·                     Cirit-birit yang kronik.
·                     Kurang mengambil makanan berserat dalam diet harian.
·                     Mengandung atau bersalin.
·                     Tabiat pemakanan yang kurang baik
·                     Kurang minum air
·                     Kurang bersenam
·                     Kerap duduk
Simptom-simptom Penyakit Buasir ialah :
·                     Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
·                     Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
·                     Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
·                     Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Bolehkah saya mengelak Buasir? 
·                 Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
·                     Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
·                    Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
·                    Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit
·                    Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan. 
·                    Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anu
Ingin tahu cara mencegah dan membantu merawat buasir, anda disarankan untuk mengambil supplement daripada Shaklee seperti di bawah:


OSTEMATRIX : membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD :Membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk.
emel: izan@gmail.com
Facebook: Ezan Karim
SMS/Whatsapp: 012980 2927

No comments:

Post a Comment