Saturday, December 15, 2012

10 Punca Kegagalan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya




Ramai ibu menyedari tentang 1001 khasiat susu ibu, namun masih ramai lagi ibu yang gagal menyusukan bayi secara eksklusif disebabkan oleh pelbagai punca atau masalah. Memang banyak cabaran yang perlu ditempuhi tapi semua itu bukan satu alasan. Jom kita sama-sama kenalpasti punca-punca kegagalan dan cari kaedah penyelesaiannya.



1)      Tidak bersedia – Ada dikalangan ibu yang tidak membuat persediaan awal seperti peralatan mengepam, storage, cooler bag dll. Ibu juga perlu dapatkan seberapa banyak info tentang pengendaliaan EBM. Kita juga digalakkan untuk membuat stok susu lebih awal sebelum kembali bertugas.

2)  Cepat give up- Ada dikalangan ibu yang cepat give up dengan dengan penyusuan terutamanya apabila menghadapi masala-masalah seperti kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Ibu seharusnya mencuba untuk atasi semua masalah yang dihadapi dan bukan terus GIVE UP.

3)      Kurang pengetahuan – Kurang pengetahuan tentang teknik penyusuan bayi dengan betul juga akan menyebabkan ibu menganggap tidak mampu menghasilkan susu atau susu tak mencukupi, maka terus berhenti untuk berusaha.

4)  Tiada keyakinan – Anda perlu simpankan niat dalam hati dan yakin kita mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Pemikiran yang positif boleh membantu penghasilan susu.

5)   Stress – Stress, penat juga akan mengganggu penghasilan susu ibu. Bila hati tak tenang secara tidak langsung akan mengganggu penghasilan hormon Prolaktin dan Oksitosin (hormon penghasilan susu).

6)   Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

7)  Tiada sokongan suami – Suami juga memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada isteri untuk penyusuan bayi sepenuhnya. Bantu lah isteri untuk meringankan tekanan yang isteri hadapi. Buatlah sesuatu agar isteri sentiasa ceria dan gembira.

8)    Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tentang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

9)     Diet tidak seimbang - Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Pastikan makanan harian yang diambil seimbang dan memenuhi semua nutrisi yang diperlukan.

10)Kurang berdoa – Berdoalah dan mohon supaya dimurahkan rezeki agar dapat menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Sesungguhnya rezeki itu datang daripadaNya




No comments:

Post a Comment