Wednesday, January 9, 2013

AIR MASAK Vs. BAYI 0 – 6 BULAN

Saya rasa ramai ibu diluar sana yang gemar memberi air masak kepada bayi mereka yang baru lahir dengan andaian air masak penting untuk elak bayi demam, nak bagi bayi lawas buang air nak bilas tekak bayi selepas menyusulah dan macam-macam lagi. Tapi AWAS air  boleh mendatangkan bencana sekiranya diberikan kepada bayi yang berusia 0-6 bulan. Jom kita berkongsi info.

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa  dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana  perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat  dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.

MENGANCAM NYAWA BAYI ANDA

Kemungkinan air masak yang diberikan kepada bayi telah tercemar. Mungkin bayi terdedah kepada cirit birit atau muntah-muntah. Bayangkanlah kita yang dewasa ni pun tak tahan kan kalau terkena cirit birit n muntah. Inikan pulak bayi yang baru dilahirkan. 

MENGHAKIS

Susu ibu yang dihasilkan dapat melindungi bayi daripada penyakit. Air boleh menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan  mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi yg berusia 5-minggu ke bawah,  jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair.  Ini akan mengakibatkan suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan bayi kembung atau sawan tarik. Air masak tidak dapat mengurangkan Jaundis, tetapi susu ibu adalah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment