Friday, January 18, 2013

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA HAMIL

Kebanyakkan bakal ibu ingin melakukan yang terbaik untuk kesihatan bayi yang bakal dilahirkan. Anda mungkin tertanya-tanya dan risau apakah makanan yang perlu dielakkan ketika hamil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Dibawah adalah sedikit info berkaitan makanan yang perlu dielakkan ketika hamil.

Telur MentahTelur mentah mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga boleh menyebabkan muntah dan cirit birit yang teruk ketika hamil.

Daging mentahElakkan makan daging mentah atau tidak dimasak sempurna kerana terdedah dengan risiko pencemaran seperti bakteria Coliform, toxoplasmosis dan Salmonella. Jadi anda tidak digalakkan makan makanan seperti sushi atau makanan jepun.

Daging Deli : Daging Deli seperti hotdog, bologna, ham perlu dielakkan kecuali dimasak dengan sempurna. Daging seperti ini mampu menyebabkan keracunan makanan dinamakan listeriosis. Listeriosis berpunca dari sejenis bakteria dipanggil Listeria monocytogenes. Bakteria ini meningkatkan risiko keguguran, bayi pramatang, kematian bayi dalam kandungan atau keuzuran fetus.

Ikan bermerkuri tinggi : Ikan yang perlu dielakkan adalah ikan yu, ikan todak mackerel dan tilefish kerana mengandungi paras mercuri yang tinggi. FDA mengesyorkan wanita hamil mengambil tidak memkana kebih daripada 2 hidangan saiz sederhana ikan seminggu.

Keju Lembut : keju lembut atau blue cheese perlu dielakkan kerana mempunyai urat biru atau sejenis kulat yang ditemui didalam keju seperti Brie/ Keju Camembert. Keju lembut yang tidak dipasture seperti yang dibuat daripada biri-biri atau kambing juga perlu dielakkan.


SusuElakkan juga meminum susu yang tidak dipasture kerana mengandungi bakteria jenis Literia.


Alkohol : Jangan ambil alchohol sama sekali kerana pendedahan alkohol prenatal boleh mengganggu perkembangan sihat bayi. Fetal Alcohol Syndrom atau gangguan tumbesaran yang lain boleh berlaku bergantung kepada amaun, masa dan cara pengambilan.


Kafein : Kafien boleh menyebabkan keguguran sekiranya diambil terutamanya semasa awal trisemester. Terdapat kajian mengatakan pengambilan kafein berlebihan mampu menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir yang rendah dan sebagainya. Langkah terbaik ialah mengelakkan pengambilan kafein semasa mengandung.

Sayur yang tidak dibasuh  Sayur dan buah sangat bagus diambil semasa hami tetapi pastikan ia dibasuh bersih bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.


No comments:

Post a Comment